Menunjukkan yang terbaru 11 daripada 30 catatan dari Jun 2008. Tunjukkan catatan yang lebih lama
Menunjukkan yang terbaru 11 daripada 30 catatan dari Jun 2008. Tunjukkan catatan yang lebih lama

29 Jun, 2008

Era Fitnah: Tanda – Tanda Janji Allah Akan Tiba! (Muqaddimah)

AssalamuAlaikum,

Tuduhan ke atas seorang pemimpin pembangkang meliwat pembantunya, terpapar di laman-laman internet yang sebentar tadi daku kunjungi. Ya Allah, takde skrip lain ke nak guna? Skrip recycle juga yang diambil bulat-bulat. Di Malaysia ni konspiratornya bodoh lagi BANGANG. Kalau dulu siap usung tilam lagi, kononnya perbuatan terkutuk Kaum Nabi Luth tu dilakukan pemimpin berkenaan di Tivoli Villa yang pada masa itu pacak tiang (piling) pun tak lagi!

Astagfirullah... Mungkin kiamat sudah dekat agaknya.

Nak buat konspirasi buat le betul-betul. Sebagai contoh, pemimpin berkenaan jadi ejen sekian sekian pihak ke? Mungkin,contoh yang “baik”, tapi skrip tu pun dah basi jugak. Entahlah, daku tak ada idea nak fitnah-fitnah orang ni! Mereka lupa dalam pelan mereka untuk menipu daya, ada yang MAHA PEMBALAS KEZALIMAN yang lebih bijaksana dalam menghancurkan tipu – helah mereka.

Cuba hayati ayat-ayat Al-quran di bawah ini dan makna terjemahannya.

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

30- Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

(Surah Al- Anfaal : Ayat 30)

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

54- Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

(Surah Ali Imran : Ayat 54)

Maaflah, daku dapat ulas sedikit sahaja kali ini sebab daku sedang sibuk untuk menghadapi cabaran International Collegiate Programming Challenge peringkat Malaysia di UIAM Gombak pada 2-3 julai nanti. Doakan kejayaan daku nanti. Balasan terhadap komen anda semua pun mungkin tertunda jugalah. Maaf,Daku akan sambung lagi perbincangan mengenai fitnah pada posting akan datang. Daku nak buat rujukan dengan lebih terperinci untuk mengukuhkan dan melestarikan lagi perbincangan kita.

والله أعلم بالصواب

26 Jun, 2008

Kapitalis dan sukan

RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

"Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.

"Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.

Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.

Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu 'begitu gah' dan diadakan empat tahun sekali.

Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.

Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).


Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).

– Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 25/06/08

Ulasan:


Ketika rakyat Malaysia sedang 'nazak' dibelasah harga minyak, krisis makanan dunia dan pelbagai sindrom sosial yang kronik, tetapi dicelah-celah hela nafas yang lelah menahan keperitan hidup, kita disajikan pula dengan berita 'gempak' dari TPM berkaitan anugerah besar negara ke atas atlet Olimpik negara yang meraih pingat sama ada emas, perak mahupun gangsa. Nilainya amat menggemparkan! RM1 juta bagi pemenang pingat emas, RM300,000 untuk perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Bandingkan pula dengan pendapatan seorang petani, nelayan, pekerja kilang, buruh kasar atau penjaja goreng pisang yang saban hari sebak dada mengira duit belanja untuk hidup. Dalam keadaan harga barangan yang semakin 'mengganas' dan harga minyak yang melambung tinggi yang dinaikkan oleh PM awal Jun lalu, kerajaan pula masih ada jutaan ringgit untuk diberikan secara percuma kepada pemenang pingat emas. Jika dibandingkan antara ahli sukan dan nelayan atau petani, siapakah yang lebih berguna kepada negara? Jika tiada nelayan atau petani, sudah pasti susah hidup ini, namun jika tiada ahli sukan, sebesar zarah pun tidak ada orang yang rugi!!! Namun, dengan adanya pemimpin kapitalis sekular seperti ini, aktiviti "mengharumkan" nama negara lebih penting dari aktiviti "memberi makan" kepada negara. Itulah sebabnya atlet sukan dijulang dan diberi anugerah sejuta ringgit, namun petani dan nelayan dibiarkan terhimpit di celah kehidupan. Ini kerana, petani dan nelayan tidak akan dapat "mengharumkan" nama Malaysia, sebagaimana yang ahli sukan selalu lakukan.

Apakah kenikmatan kepada rakyat Malaysia yang sedang nazak ini sekiranya atlet Malaysia merangkul ratusan pingat emas dari sukan Olimpik anjuran kufur itu? Bolehkah ia menyelesaikan kemelut ekonomi yang merundung nasib kita sekarang? Inilah persoalan yang perlu difikirkan dan diatasi sekarang. Realiti masa kini tidak menghendaki sebarang usaha untuk menaikkan atau mengharumkan nama negara di  persada sukan kerana sukan tidak memberikan kesan positif kepada permasalahan yang melanda sekarang.

Olimpik bukan sahaja sukan tetapi ia menunjukkan ketundukan negara umat Islam kepada kufur Barat dengan menyahut seruan perpecahan mereka dalam agenda sukan. Olimpik juga mendukung pelbagai bencana sosial ke atas kehidupan manusia. Salah satunya, kos hidup. China menelan belanja yang sangat tinggi untuk mengelola acara sukan tersebut. Jumlahnya mampu menampung kemusnahan dan memperbaiki kerosakan yang berlaku di Sinchuan dan beberapa tempat yang dilanda gempa di sana baru-baru ini. Dalam pada China masih menyeru agar dunia bersimpati dan mengutip derma untuk mangsa bencana, pada masa yang sama China masih meneruskan juga acara sukan tersebut? Apakah yang lebih utama? Sukan atau kemaslahatan rakyat?

Begitu juga di Malaysia, nampaknya ia telah benar-benar mengikuti jejak langkah negara-negara kufur yang mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya dijalankan ke atas rakyat. Sukan hanyalah hiburan. Itulah yang dikejar oleh para pemimpin negara sekarang. Rakyat yang menderita tidak diendahkan. Hiburan pula yang dicari. Orang bersukan dapat pencen beribu-ribu kerana jasa "mengharumkan nama negara", manakala rakyat yang tidak pandai menjulang nama negara menjadi mangsa kehausan pemimpin penghisap darah...


--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]

Membela nasib wanita dengan hukum sekular

Sekretariat khusus bela nasib wanita Islam ditubuh

PUTRAJAYA 20 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju supaya ditubuhkan sebuah sekretariat khusus untuk membela nasib kaum wanita, keluarga dan kanak-kanak Islam di negara ini.

Serentak itu, beliau mahu satu pelan strategik bagi pembangunan wanita Islam dirangka dan dikemukakan kepadanya minggu depan untuk perhatian kerajaan.

Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkara itu diputuskan dalam sesi dialog Perdana Menteri dengan 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita dan kebajikan Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, peranan yang akan dimainkan oleh sekretariat itu tidak akan menimbulkan pertindihan tugas dengan agensi-agensi kerajaan lain.

''Perdana Menteri amat memahami isu-isu wanita yang telah terlalu lama tertunggak dan tidak diberi perhatian oleh Mahkamah Syariah seperti perceraian, hak penjagaan anak dan harta sepencarian.

''Tumpuan utama sekretariat adalah pada undang-undang keluarga Islam kerana pelaksanaannya amat membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog tertutup selama dua jam itu.

Turut menyertai dialog itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof. Datuk Dr. Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin; Pengerusi Majlis Penasihat Pembangunan Wanita Negara (Naciwid), Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Rafiah Salim.

Abdullah merupakan penaung kepada sekretariat yang diletakkan di bawah pejabat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, yang juga akan bekerjasama rapat dengan portfolio Ahmad Zahid.

Shahrizat berkata, banyak isu yang dibangkitkan dalam sesi dialog itu akan diberi perhatian sewajarnya agar pembangunan dan kebajikan wanita Islam dapat diperjuangkan.

Beliau yang juga penasihat kepada sekretariat itu akan merangka pelan strategik tersebut bersama para pemimpin kanan NGO untuk menentukan hala tujunya secara terperinci.

Kata beliau: ''Saya memberi jaminan bahawa peranan dan tanggungjawab sekretariat tidak akan bertindih dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat."

Sumber: Utusan Malaysia 21/06/08

Ulasan:


Satu lagi projek pembaziran oleh Barisan Nasional! Berapa banyak lagi duit rakyat akan dihabiskan? Mengapa tidak? Tidak cukup dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sekarang ditambah dengan sekretariat wanita pula. Kewujudan sekretariat ini hanya membuktikan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah gagal memainkan peranannya khususnya untuk menjaga wanita.

Jika kementerian sendiri telah gagal, maka kewujudan sekretariat ini juga pastinya akan mengundang kegagalan yang sama. Selama mana penyelesaian Islam tidak diambil, selama itulah kegagalan demi kegagalan akan terus ditempuh oleh pemimpin sekular ini, walau beratus sekretariat ditubuhkan sekalipun.

Undang-undang keluarga Islam yang ada hari ini dilihat gagal menjaga wanita adalah tidak lain kerana ia diterapkan dalam kerangka sekular. Hanya sedikit sahaja hukum syarak berkenaan keluarga yg diterapkan dalam undang-undang yang ada sekarang, selebihnya adalah hukum sekular buatan manusia. Penerapan Islam dalam bentuk partial (juzuk) tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian, masalah akan merumitkan lagi keadaan.

Undang-undang keluarga Islam sebenarnya berkait rapat dengan elemen-elemen syariah yang lain seperti hudud, jinayat, takzir serta penerapan beberapa sistem-sistem Islam termasuk pendidikan, politik, ekonomi, polisi keamanan dalam dan luar negara. Mana mungkin Islam akan hidup 'sihat dan subur' apabila ia dinaungi oleh sistem kufur yang gelap gelita??

Syariah merupakan peraturan hidup bagi seluruh manusia tanpa melihat ras, bangsa, warna kulit dan lain-lain perbezaan fizikal manusia. Kenyataannya sekarang, syariah dilihat hanya kepada beberapa aspek kehidupan oleh kebanyakan umat manusia akibat terpengaruh dengan dakyah kufur Barat serta serangan sekularisasi. Syariah adalah peraturan yang diwahyukan oleh Sang Maha Pencipta yakni Allah Azza wa Jalla kepada manusia sebagai sistem yang mengatur hubungan manusia;

a. dengan Allah dalam urusan peribadatan (ritual),

b. dengan diri mereka sendiri (akhlak, makan-minum, pakaian)

c. dengan manusia lain dalam urusan sesama mereka (muamalat dan 'uqubat)

Ini bererti sekiranya syariah tidak diterap sepenuhnya, maka Islam tidak akan dilihat sebagai cara hidup (deen) yang sempurna. Penerapan sekularisasi di Malaysia khasnya, membuatkan para pemimpin dungu tercari-cari jalan penyelesaian menerusi akal tanpa melihat lagi akar permasalahan. Projek demi projek, langkah demi langkah, permasalahan yang melanda umat tetap terus 'mekar', langsung tidak terjejas dengan usaha mereka kerana mereka gagal memanfaatkan akal mereka ke arah mengambil syariah sebagai "problem solving" (penyelesaian permasalahan). Sudah tentu, salah satu aspek yang dimasukkan dalam agenda projek sekretariat ini 'manfaat'! Penubuhan sekretariat tersebut bukan percuma, ia menelan kos. Takkan pernah selesai masalah dalam bidang apa sekalipun selagi pemimpin masih sekular dan lemas tenggelam dalam timbunan najis kapitalisme.

Ingatlah, manusia hanya akan mulia dengan Islam.


--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]

24 Jun, 2008

Antara seruan mari berjimat, beza taraf rakyat dengan PM, TPM

Dipetik dari: Sila klik di sini...
Wan Nordin Wan Yaacob

Fri | Jun 20, 08 | 10:39:52 am MYT

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah meminta rakyat Malaysia berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak.

Pelbagai program debat mahupun forum umum digunakan Abdullah dan Najib untuk menjelaskan keadaan kononnya kenaikan harga minyak ini tidak dapat dielak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican sendiri terpaksa turun padang untuk menjelaskan keadaan kononnya Petronas dan kerajaan tidak lagi boleh menanggung subsidi yang tinggi berdasarkan kenaikan harga minyak global.

Media arus perdana digunakan bagi menjalankan dakyah pemerintah ini bagi memastikan rakyat boleh menerima tindakan terburu-buru kerajaan ini.

Dalam media memainkan dakyah mereka, kenyataan Perdana Menteri dan TPM seperti meminta rakyat mengurangkan kos-kos harian bagi mengelak tekanan kenaikan harga minyak terus menjadi bahan utama meredakan kemarahan rakyat.

Perdana Menteri dan timbalannya juga pernah menyarankan beberapa langkah kepada rakyat supaya berjimat cermat, memberikan rebet tunai cukai jalan dan mengumumkan gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam.

Rakyat Kuala LUmpur terutamanya yang tertekan dengan kenaikan harga minyak kini mungkin terpaksa memikirkan untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih murah yang lebih jauh daripada Kuala Lumpur hanya kerana mahu mengurangkan kos sewa.

Kos sewa bagi rumah pangsa di Kuala Lumpur sekitar RM500 sementara rumah teres satu tingkat mencecah RM1000.

Namun, Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin terlupa satu fakta yang cukup jelas dalam satu jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka.

Beliau juga menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.

Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.

"Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.

Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.

Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.

Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.

Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.

Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat.

Seperti kata seorang pendakwah, Dr Azhar Yaakob yang berceramah di Harakah semalam, bahawa kaedah ekonomi yang digunakan kerajaan hari ini adalah ekonomi kapitalis.

Ekonomi kapitalis mengamalkan dasar mengkayakan kerajaan sementara rakyat terus papa dihimpit dengan dasar kerajaan yang rakus, kata Dr Azhar.

Paling menarik, Dr Azhar menerangkan bahawa jika kerajaan menggunakan kaedah ekonomi Islam dengan sifat kerajaan mengkayakan rakyat bagi menggiatkan putaran ekonomi, pastinya pulangan kepada kerajaan jauh lebih besar.

Penulis tertarik dengan kenyataan beliau bahawa jika kerajaan memberi subsidi kepada rakyat sekalipun, sebenarnya kerajaan juga yang akhirnya mendapat untung kerana rakyat akan merancakkan ekonomi apabila wang mereka boleh dibelanjakan semula.

Namun, kenyataan ini mungkin tidak menjadi 'kesan' Perdana Menteri kerana apa yang hanya bermain difikirannya mungkin formula bagaimana untuk mengkayakan anak menantunya sahaja. _



--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]

Salahkah berbasikal ke Parlimen?

Dipetik dari: sila klik di sini...

Ahmad Tajdid

Tue | Jun 24, 08 | 3:12:28 am MYT

Selepas puas memujuk rakyat mengubah cara hidup ekoran kenaikan mendadak harga minyak, nada seorang menteri kabinet kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba berubah.

Semuanya angkara empat Ahli Parlimen KeADILan berbasikal ke Parlimen pada Isnin, 23 Jun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat KeADILan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Nazri dilapor Utusan Online mendakwa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

�Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak).

�Jangan setakat kayuh hari ini sahaja, budak darjah enam pun boleh. Pada saya yang penting empat orang ini kena ingat, mereka adalah Ahli Parlimen, ruang tersedia untuk mereka berhujah bagi mengatasi masalah, bukan gimik macam ini.

�Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?� rungut Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen, hari kejadian bersejarah itu berlaku.

Tian Chua (KeADILan-Batu), N. Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai), Zulkifli Noordin (KeADILan-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (KeADILan-Petaling Jaya Selatan) benar-benar mencatat sejarah.

Mereka tidak sepatutnya menjadi 'bahan belasahan' Nazri. Malah jika menteri itu benar-benar berfikiran rasional, beliau sendiri wajar ke pejabat dengan berbasikal untuk sama-sama merasai keperitan hidup rakyat yang semakin merana akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Hina sangatkah naik basikal ke pejabat? Di negara-negara maju khususnya negara-negara Scandinavia, berbasikal untuk ke pejabat bukanlah perkara yang pelik. Tidak payah cakaplah di negara-negara Asia seperti India, Pakistan, Cina, Jepun dan Korea.

Jika Nazri menganggap berbasikal ke Parlimen melambangkan sikap kebudak-budakan, beliau sebenarnya lebih dibuai sentimen daripada memikirkan tindakan itu dari aspek positif.

Apa salahnya kita membudayakan berbasikal ke pejabat? Dan yang patut memulakannya adalah para pemimpin negara yang hanya 'gatal-gatal mulut' meminta rakyat mengubah cara hidup.

Daripada bersesak-sesak dan berhimpit-himpit di dalam bas, komuter, LRT, Putra dan sebagainya, apa salahnya bagi warga kota Kuala Lumpur yang jarak antara rumah dan pejabat sekadar 5km radius menggunakan basikal ke pejabat?

DBKL khususnya perlu memikirkan mekanisme, infrastruktur dan kaedah yang sesuai bagi menggalakkan budaya ini. Ya lah! Kita bukan punyai sistem pengangkutan awam semaju dan seselesa negara-negara maju.

Jika Nazri dan menteri kabinet menggunakan bas, LRT, Putra, komuter dan teksi ke Parlimen, adakah mereka yakin tidak akan sampai lewat ke Dewan Rakyat jika bertolak daripada rumah pada jam 8.00 pagi? Jawablah... Jangan sekadar gatal mulut mahukan rakyat mengubah cara hidup!

DBKL contohnya boleh menyediakan laluan khas berbasikal di ibu kota. Apatah lagi majlis-majlis bandaran di Ipoh, Alor Setar, Pulau Pinang, Shah Alam, Johor Bharu, Kuantan dan jangan lupa Kota Bharu.

Sesekali rakyat mahu melihat YB Takiyuddin Hassan dan YB Husam Musa berbasikal ke Kota Darul Naim. Tak salahkan?

Dalam apa juga aspek kehidupan, soal pendidikan amat penting. Pendidikan berupaya menentukan personaliti dan tabiat manusia.

Jadi apalah salahnya jika kampus-kampus universiti awam memulakan budaya berbasikal ini. Para mahasiswa dan mahaguru di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikenali sebagai 'Green Campus' sepatutnya boleh berbasikal di dalam kampus. Keadaan tapografi UPM yang rata dan landai membolehkan basikal dijadikan alat pengangkutan utama paling kurang pun di dalam kampus. Begitu juga di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain IPTA dan IPTS.

Tapi janganlah berbasikal di UiTM Shah Alam, nanti separuh pelajarnya akan patah kaki dan tangan kerana brek basikal cepat haus dek keadaan tapografinya yang berbukit-bukau.

Bak kata pepatah, alah bisa tegar biasa, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berbasikal memang boleh diamalkan. Ia bukan idea budak-budak tapi cara paling praktikal untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak di samping menyihatkan badan.

Nazri perlu memikirkan semula pandangan serongnya tentang basikal. Atau mungkin sejak dari lahir, pak menteri tu dah boleh tunggang motorsikal!_



--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]

22 Jun, 2008

KitabShare telah dilancarkan...

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, daku telah sempurna melancarkan blog baru khusus untuk berkongsi kitab-kitab agama dalam format e-book. Para pengunjung boleh ke KitabShare atau klik sahaja KitabShare di Ruangan Laman Kegemaran di sebelah kanan blog daku ini.

Wassalam.

Satu lagi ajaran sesat?

Dipetik dari: Sila Klik di sini

Bangun Madinah Baru

SHAH ALAM: Satu gerakan sulit didalangi golongan terpelajar dan pegawai kanan syarikat, termasuk bertaraf ketua pegawai eksekutif giat menjalankan usaha bagi mengukuhkan kota suci ‘Madinah Baru’ yang ditubuhkan mereka di sebuah lokasi di Sumatera, Indonesia.

Kumpulan itu yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang juga menganggap Malaysia bukan negara Islam, malah mengibaratkan negara ini seperti keadaan Makkah sebelum kedatangan Islam.

Anggota mereka berpegang kepada prinsip mahu menjalankan usaha menegakkan Islam secara sulit dengan menjadikan gerakan mencari pengikut seramai mungkin di negara ini, sebelum melakukan hijrah ke Madinah Baru di Sumatera dan tidak lagi di Arab Saudi.

Kegiatan kumpulan terbabit didedahkan selepas pihak berkuasa menyerbu markas mereka di Ampang, dekat sini, baru-baru ini.

Seramai sembilan pengikut dan lima ‘ketua’ mereka ditahan.

Malah, ketika serbuan, pengikut kumpulan itu berusia 30 hingga 40 tahun mendakwa mereka menghadiri kelas insurans bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Sebelum itu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengekori pergerakan anggota kumpulan terbabit dari jam 5 pagi sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 2 petang.

Pergerakan bagi membawa pengikut baru ke premis terbabit dilakukan secara terancang dengan mengambil mereka di tempat ditetapkan sebelum dipindahkan ke kenderaan lain.

Pengikut juga dipercayai dibawa sebelum Subuh ke markas berkenaan bagi memastikan mereka tidak mengetahui lokasi itu sebelum diberikan tarbiyah songsang secara berterusan.

Kumpulan itu mensasarkan golongan kaya dan terpelajar yang ditemui di kedai kopi dan tepi jalan oleh anggota yang digelar penyilah.

Penyilah yang kononnya memiliki ilmu agama ‘memasukkan jarum’ menceritakan perkara berkaitan Islam sambil merujuk ayat al-Quran yang dihafal dipercayai diselewengkan maksud keseluruhannya.

Perjumpaan di kedai kopi itu akan berterusan beberapa kali sebelum pengikut baru dibawa ke markas terbabit pada waktu Subuh dalam keadaan mata ditutup sebelum dihantar pulang pada waktu malam.

Antara pengikut mereka ialah pegawai kanan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan institusi kewangan tempatan serta pakar teknologi maklumat.

Operasi kumpulan itu lebih bertumpu di Ampang, Klang, Petaling Jaya dan Sentul yang menjalankan kegiatan itu lebih 10 tahun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang mendedahkan kegiatan kumpulan itu, berkata mata pengikut ditutup dengan alasan bagi menunjukkan keikhlasan dibawa ke markas itu selain menyedarkan mereka perjuangan tidak boleh dilakukan secara terbuka.

Menurutnya, asas ajaran anggota kumpulan itu lebih menekankan kepada kewujudan manusia, bumi dan al-Quran (MBA) yang diambil pengertiannya dalam surah tertentu al-Quran.

“Apa saja hujah kepada pengikut dan mereka yang diperangkap tidak menyimpang daripada tiga perkara itu.

“Pengikut akan ditarbiah supaya lebih memahami MBA dan mereka diwajibkan membayar RM3,000 kononnya sebagai wang taubat atau wang tebus,” katanya.

Sesi di markas itu dibahagikan lima bahagian dan mereka diajar mengibaratkan rakyat di negara ini seperti labah-labah sering melabuhkan jaring yang tidak kukuh, manakala mereka sendiri dianggap lebah yang hidup bersatu padu.

Antara kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan kumpulan itu ialah menafsir al-Quran secara lompat-lompat tanpa mengikut keseluruhan ayat yang sepatutnya.

Mereka memegang istilah solat yang membawa dua pengertian iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

“Jadi, apabila kita tanya mereka melakukan solat, mereka mengakui solat menjurus kepada dua pengertian itu,” katanya, semalam.

Mohammed Khusrin berkata, pengikut yang selesai sesi motivasi akan dibawa melawat ‘Madinah Baru’ di Sumatera.

“Pemergian mereka dilakukan secara sulit dari Lembah Klang sebelum dibawa menaiki kenderaan khas ke Johor,” katanya.

Menurutnya, mereka ke Singapura untuk menaiki penerbangan ke Sumatera.

Apa yang menghairankan, mereka tidak menggunakan lapangan terbang di negara ini.

“Saya dimaklum, ‘Madinah Baru’ dalam lokasi begitu luas dilengkapi hotel, ladang pertanian dan sekolah. Apa yang menarik, mereka hanya memakan sumber asli tanpa sebarang bahan kimia. Ia lebih kepada lawatan untuk memperkenalkan diri di situ dan penduduknya,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Setempat/20080618095349/Article/index_html

Ulasan :

Dalam pada umat Islam tercari-cari Negara Islam, ada sebahagian dari gerakan Islam yang menyeleweng mengkhususkan suatu tempat sebagai Darul Islam (Madinah Baru dan sebagainya), yang mana kawasan ini didakwa oleh mereka adalah Negara Islam yang mungkin radiusnya tidak sampai 2-3 kilometer persegi. Jika betullah sebagaimana yang dilaporkan, maka akidah dan fahaman gerakan ini perlu dibetulkan semula. Antara fakta yang menarik di sini adalah “Negara Islam” versi mereka ini adalah dihuni oleh pengikut gerakan mereka sahaja dan ia bersifat eksklusif. Negara Islam versi mereka ini juga dirahsiakan dari orang lain, dan setiap orang yang ingin bertaubat perlu membayar RM3,000. Mungkin juga jumlah wang ini digunakan untuk menyeberang ke Sumatera di tempat Negara Islam mereka berada. Banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan dari segi akidah dan fahaman kumpulan ini sebagaimana dipaparkan, namun kami cuba ketengahkan persoalan Negara Islam, kerana persoalan “Negara Islam” ini kebanyakannya menjadi agenda perjuangan yang sama bagi sesetengah gerakan Islam. Tambahan pula, gerakan ini nampaknya cuba menyelewengkan akidah orang yang diajaknya dengan tujuan akhir untuk di bawa ke “Negara Islam” mereka.

Amat malang bagi umat Islam yang terperangkap dalam penyelewengan akidah seperti ini. Sebagai seorang yang berfikiran sederhana sekalipun, setiap orang akan memahami bahawa Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah di Madinah dahulu adalah sebuah negara yang didiami oleh orang Islam dan orang kafir. Orang Islam diajak untuk berhijrah ke sini dan orang kafir sekalipun dibenarkan masuk ke Negara Islam Madinah ini, tanpa perlu menutup mata. Orang kafir dan orang Islam boleh hidup dalam satu negara, dan kerana inilah munculnya istilah kafir zimmi (kafir yang hidup dalam Negara Islam). Inilah yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dari segi hijrah pula, kerajaan kufur dan setiap orang kafir yang tinggal di Mekah waktu itu mengetahui bahawa ramai orang Islam telah berhijrah ke Madinah. Saidina Umar al-Khattab, dengan terang-terang membuat perisytiharan bahawa beliau akan berhijrah ke Madinah dan hal ini didiamkan sahaja oleh Rasulullah. Justeru, amat pelik kenapa ‘perjalanan’ ke “Negara Islam” yang di bawa oleh gerakan ini perlu disembunyikan, malah “Negara Islam” itu sendiri pun tersembunyi. Tidak pernah kita temukan dalam nas yang Rasulullah memerintahkan agar Negara Islam disembunyikan. Dan tidak ada juga perintah dari Allah untuk menyembunyikan Negara Islam, sehingga hanya orang-orang tertentu dari kalangan manusia sahaja yang boleh “berada” di Negara Islam ini. Nas manakah yang mereka gunakan?

Jika kita melihat perbincangan imam-imam mazhab sekalipun, ‘Darul Islam’ telah didefinisikan oleh ahli sains politik (ulama) bermazhab Hanafi sebagai,

"Darul Islam adalah negeri yang di dalamnya dilaksanakan hukum-hakam Islam dan keamanan itu berada di tangan orang Islam (autoriti), tanpa melihat apakah penduduknya beragama Islam, zimmi atau campuran. Tidak disyaratkan bahawa penduduk Islam itu adalah Islam kesemuanya" [Sarkhasi, Al-Masbut X/144; Kisai, Badai'Shana'i VII/ 131; Muhd Hassan Syarh Siyar al-kabir, V/ 2165]

Syarat utama dikatakan Negara Islam adalah berorientasikan ‘autoriti’ dan ‘perundangan’ di mana:-

1) Hukum-hakam (law/legal rulings) Islam diterapkan di dalam negara;
2) Keamanan (political authority) berada di tangan orang Islam

Darul Islam boleh menjadi Darul Kufur apabila telah zahir di dalamnya hukum-hakam kafir [Al-Masbut X/114; Badai'Shana'i VII/131].

Imam Al Buijarimi As Syafi'i menyebutkan bahawa,

“Darul Islam adalah negeri yang ditempati kaum Muslimin sekalipun di dalamnya ada orang Kafir Dzimmi (ahlu dzimmah), atau negeri yang dibebaskan dan ditundukkan oleh kaum Muslimin, atau dulu pernah dihuni kaum Muslimin kemudian dikuasai oleh kaum kafir” [lihat Hasyiyah Al Buijarimi Juz IV/220, Nihayatul Muhtaj IIX/184].

Syarat Negara Islam berasaskan pandangan negarawan mazhab Syafie, mendefinisikan Negara Islam berorientasikan hak milik tanah;

1) Negeri yang dihuni oleh kaum Muslimin; atau
2) Negeri yang dibuka oleh kaum Muslimin; atau
3) Pernah dihuni oleh kaum Muslimin tapi dirampas oleh kafir. (eg sekarang Singapore, India, Andalusia dsb).

Mazhab Hanafi sebenarnya membincangkan definisi Negara Islam sebagai sebuah autoriti Negara yang kita fahami hari ini, iaitu undang-undang dan jaminan keamanan, manakala Mazhab Syafie membincangkan Negara dalam konteks 'bilad' (negeri/tanah air). Malaysia, Singapura, Sumatera dan Indonesia yang mencakupi Nusantara adalah negeri/tanah air umat Islam, tetapi dari konteks ‘negara’, kesemuanya sekarang adalah negara kufur kerana tidak memenuhi dua kriteria utama iaitu hukum-hakam Islam dan keamanan (kuasa politik) di tangan umat Islam.

Justeru, konsep Madinah Baru yang diperkenalkan di Sumatera itu adalah satu konsep Negara yang menyeleweng dari pandangan Fikih Islam. Negara Islam Madinah yang dibina oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, adalah bersifat terbuka yang mana warga-negaranya terdiri dari kaum Muslimin, non-Muslim, Ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani dan terdapat juga kafir musyrik di dalamnya, tidak sebagaimana Negara Islam Madinah Baru yang ada di Sumatera sekarang. Negara Islam yang sebenar adalah Daulah Khliafah, sebuah entiti politik umat Islam yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para Khulafa’ Rasyidin dan Daulah Khilafah ini pernah memerintah hampir dua per tiga dunia, tanpa di sembunyikan oleh mana-mana Khalifah di mana-mana zaman sekalipun, dan tanpa perlu masuk ke dalamnya dengan bertutup mata.

Kapitalis sedang kira duit rompakan

Dipetik dari : Sila Klik Di Sini

Rakyat tertindas, PLUS dijangka kaut untung.

KUALA LUMPUR 18 Jun — Pemegang konsesi lebuh raya, PLUS Expressways Bhd bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung rancangan untuk mengkaji semula perjanjian konsesi dengan kemungkinan mengurangkan kadar tol, kata pengarah urusannya Noorizah Abd Hamid hari ini.

Beliau berkata PLUS telah menyediakan semua maklumat yang diminta kerajaan.

“Tetapi kami belum terlibat dalam sebarang perbincangan rasmi dengan kerajaan mengenai perkara itu lagi. Kami tidak tahu bagaimana kajian semula itu nanti,” kata beliau kepda pemberita selepas pertemuan dengan pemegang saham syarikat di sini.

Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata berdasarkan kepada apa yang dilakukan sebelum ini, kerajaan sentiasa jujur dengan perjanjian konsesi.

“Saya percaya mereka akan terus berbuat demikian,” kata beliau.

Mohd Sheriff berkata mengikut perjanjian sedia ada, syarikat pemegang konsesi dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah pada 2005 tetapi pada Januari 2008 apabila tarikh kenaikan berikutnya tiba, kerajaan memutuskan untuk menundakannya, kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata sejajar dengan perjanjian konsesi, kerajaan bersetuju untuk membayar gantirugi dan sebahagian daripadanya telah dibayar.

Noorizah berkata gantirugi berkenaan berdasarkan kepada perbezaan dalam kadar yang PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkannya dengan kadar yang dikenakan syarikat sekarang, didarabkan dengan jumlah trafik sebenar.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamad berkata kerajaan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi dengan kemungkinan mengurangkan kadar tol.

Beliau berkata kadar tol lebuh raya boleh dikurangkan tetapi bergantung kepada hasil kajian mengenai konsesi lebuh raya yang dijalankan oleh kementeriannya.

Sumber : BERNAMA 18/6/2008

Ulasan :

Tatkala kerajaan memberi alasan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga minyak untuk mengelak defisit belanjawan, PLUS pula sedang berkira-kira peratus keuntungan tahunan yang bakal diterima jika tol tidak dinaikan. Ini adalah kerana mereka bakal menerima pampasan daripada kerajaan jika tol tidak dinaikan. Dalam pada kerajaan dan syarikat Kapitalis sedang mengira keuntungan, rakyat umpama jatuh ditimpa tangga pula. Itulah peribahasa yang dapat diberikan kepada kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat walhal dalam masa yang sama, kerajaan yang sepatut menjaga mereka, hanya menjaga syarikat Kapitalis yang telah pun kaya raya.

Ketika rakyat sedang kusut memikirkan bagaimana hendak memberi imbangan kepada belanjawan isi rumah akibat kenaikan harga minyak, PLUS pula masih berfikir bagaimana untuk terus mengaut keuntungan dari duit orang ramai. Duit siapakah yang digunakan untuk memberi pampasan kepada PLUS kalau bukan duit rakyat??? Tidak cukupkah segala wang yang dikutip melalui deretan rumah tol selama ini? Tindakan kerajaan menyerahkan kepada pihak swasta iaitu PLUS (yang merupakan kroni mereka) untuk membina jaringan pengangkutan seperti sistem lebuh raya di Malaysia bukan sahaja menyebabkan rakyat tertindas malah tindakan tersebut bertentangan dengan syariat Islam. Ini adalah kerana, tanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan awam adalah tanggungjawab kerajaan sesuai dengan tanggungjawab mereka sebagai penjaga rakyat.

Tetapi malangnya, kerajaan melepaskan tanggungjawabnya dan membiarkan swasta membina dan menentukan kadar tol lebuh raya yang menurut perjanjian akan dinaikan setiap tiga tahun. Dengan segala sumber kekayaan di dalam negara seperti minyak, gas, balak, hasil galian bumi, getah dan kelapa sawit, tidak mungkin kerajaan tidak mampu membina jalan raya untuk kemudahan rakyat. Selagi mana sistem Kapitalis diterapkan, maka selagi itulah rakyat akan terus menderita dan menjadi mangsa kepada segolongan kelompok pemimpin yang mementingkan nafsu dan perut sendiri. Hanya Khalifah yang akan menjadi amirul mukminin sahaja yang akan memberi keutamaan kepada jaminan pemenuhan keperluan dan hak rakyatnya.

21 Jun, 2008

Bila Jahil Berbicara...

Assalamualaikum,

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

199- Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Al- A’raaf,7:199)

Ya, sesungguhnya orang jahil itu sangatlah degil. Sudahlah tidak berilmu, tidak pula dia ingin belajar. Mengeluarkan fatwa umpama mujtahid, padahal hanya hawa nafsu dan keengganan untuk menerima hakikat ilmu yang hakiki yang dijadikan sandaran. Halal dan haram tak dipedulikan. Hanya hawa nafsu, perasaan dan bisikan syaitan dijadikan pedoman.

Bila gagal dalam berhujah, dipesongkan pula kepada perkara lain. Dari perkara yang syubhat yang mudarat kepada perkara yang harus dan tidak timbul persoalan halal dan haramnya. Sedih sekali, garam dan gula pun dikatanya syubhat dan nabi hanya banyak makan buah-buahan dan seolah-olah tidak kenal langsung garam dan gula.

Tidakkah dia sedar akan perbuatannya seolah-olah menghina Nabi kita yang menurutnya macam tidak tahu langsung kewujudan garam dan gula pada zaman Rasulullah SAW. Nauzubillahi Min Dzalik. Buat diri yang terasa, rujuklah kitab-kitab muktabar, dicadangkan Fathul Mu’in. Pergilah mengaji agama. Jangan sekadar Alif, Ba dan Ta sahaja.

Ada satu pihak lagi yang cuba mempermainkan dan memperlekehkan usaha saudara seIslam kita untuk menegakkan kembali hukum Allah dengan istilah Talibanization disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan kaunter bayaran mengikut jantina. Sudahlah hujah (baca: helah) kononnya patung permainan kanak-kanak itu juga diharamkan oleh Islam.

Nampak sangat dia ni tidak belajar ilmu Fiqah. Kuliah-kuliah ilmu Fiqah pun boleh kira dengan jari berapa kali dia pergi. Itupun kalau dia pergi. Tak silap daku, sejak kecil lagi daku sudah tahu yang permainan kanak-kanak itu telah disabdakan oleh Nabi bahawa tidak dipedulikan langsung pun oleh Syaitan. Boleh baca dalam Fadzail Amal karangan Maulana Zakariyya yang selalu digunakan oleh Jemaah Tabligh.

Patung yang dimaksudkan adalah patung berhala ataupun patung yang disembah oleh penganut agama selain Islam. Barbie, Teddy Bear, Garfield dan patung permainan kanak-kanak yang lain tidaklah menjadi satu syirik. Nama pun budak-budak. Mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapa merekalah yang mencorakkan mereka samada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kalau zaman sekarang daku tambah lagi -- Liberal, Sekular atau Dahri (Freethinker).

Lagi satu pihak yang mempertikaikan satu isu berkenaan hiburan dengan mengatakan kalau ustaz bila kita kata sanad tak betul, tak sahih, mereka tidak boleh menerimanya. Hang tau ke sanad tu apa? Sahih? Tak Tahu? Yang hang cakap buat apa kalau tak tahu? Kalau anda ada belajar ilmu sanad atau tahu kesahihan hadis, ulama yang berhikmah akan menerima pendapat anda. Kalau anda sendiri yang Jahil, Tepuk dada tanya iman dan taqwa.

Pihak yang sokong bawa rebah pula, mengatakan agamawan tidak perlu masuk campur dalam seni kerana tidak ada ilmu seni. Habis, yang orang seni masuk campur dalam agama? Tidak, tidak salah seorang ahli seni bercakap agama. Namun begitu, wajiblah ada ilmu dalam bidang tersebut. Jagalah adab kita sebagai umat Islam. Boleh kita tegur ulama (terutama sekali ulama ahli dunia) tapi perlulah berhati-hati atas percakapan kita.

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن العلماء ورثة الأنبياء

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : Ulama (akhirat) itu pewaris para Nabi. Jadi beringat-ingatlah dan berpada-padalah kita terhadap mereka.

Renungilah ayat-ayat di bawah wahai penyair.

وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ(224)أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ(225)وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ(226)إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْـتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ(227)

224- Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala.

225- Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

226- Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

227- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

(As-Syu’araa: 224 - 227)

Wahai manusia yang ingin keluar dari lembah kejahilan ke lembah kebenaran, carilah guru yang soleh untuk membimbing anda ke Jalan-Nya.

Belajar dan terus belajar. Sampailah kita di dalam lubang kubur pun, teruskanlah belajar!

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : طلب العلم من المهد إلى اللحد

Maksud hadis Rasulullah S.A.W.: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Bersenilah umpama Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi dengan Masnawi (Masnavi) beliau. Seni yang membawa manusia kembali kepada Illahi.

و الله أعلم با لصواب

19 Jun, 2008

Kerajaan langsung tak berniat nak susahkan kita...

Dipetik dari sini

Tiada niat susahkan rakyat

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.

Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan.

''Kenaikan harga minyak tinggi menyebabkan rakyat susah, kita memahami perkara ini, bukan kita nak menyusahkan rakyat. Buat apa kerajaan sengaja nak menyusahkan rakyat.
''Tetapi tentu ada sebab mengapa tindakan ini diambil, yang penting usaha dijalankan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat," katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif 2008 (ICC2008), di sini hari ini.

Hadir sama pada program anjuran Kumpulan Yayasan Sabah itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri Kabinet Sabah serta lebih 500 delegasi ketua pegawai eksekutif dari dalam dan luar negara.

Abdullah berkata, kerajaan pada masa ini berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat kerana memahami kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan harian termasuk makanan turut meningkat.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi petrol dan diesel yang semakin bertambah berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia, hanya kerana mahu mempertahankan harga bahan api daripada turut meningkat.

Jelas Perdana Menteri, wang hasil keuntungan jualan minyak tidak boleh dihabiskan semata-mata untuk menanggung subsidi kerana kerajaan turut mempunyai tanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan.

''Satu pihak kita ada perbelanjaan pembangunan yang kita nak laksanakan, minyak yang kita perolehi bukan 100 peratus nak dibayar bagi tujuan subsidi. Kita perlu juga ada sekian banyak wang untuk pembangunan, itu yang penting.

''Memang kita ada hasil minyak tetapi kena tengok juga hasil minyak itu untuk apa, jika 100 peratus untuk subsidi selepas itu kita tidak ada wang lagi untuk pembangunan, sedangkan pembangunan mesti dijalankan dan kenaikan harga minyak juga perlu diberi perhatian.

''Ini adalah perkara yang perlu difikirkan masak-masak tentang pengagihan subsidi. Kalau semua belanja untuk beri subsidi tentu harga minyak dapat dikurangkan tetapi bagaimana dengan hal lain. Itu kita kena fikir," katanya.

Perdana Menteri berharap rakyat dapat memahami betapa kerajaan berdepan dengan masalah paling mencabar dengan kenaikan harga minyak dan pada masa sama turut merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat.

Abdullah turut melahirkan rasa bangga apabila ada pihak sudi menulis surat memberikan pandangan dan cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08

Ulasan:


Tiada niat susahkan rakyat??? Betul ke? Betul la agaknya, memang kerajaan tak pernah berniat nak susahkan rakyat, cuma kerajaan berniat nak senangkan kerajaan sahaja!!!

Umat Islam terkadang menilai buruknya politik kerana dipenuhi penipuan, kekotoran kejijikan dan sebagainya, adalah kerana kata-kata yang sebegini yang keluar dari mulut orang politik. Tidak berniat susahkan rakyat konon..., walhal hakikatnya rakyat terus susah dan terus menderita. Siapa yang akan percaya kepada pemimpin sebegini?

Niat ke tak niat ke, ini bukan soalnya. Soalnya sekarang adalah rakyat sedang susah, sedang menderita. Jadi, tugas pemimpin sekarang ialah mengeluarkan rakyat dari kesusahan.

Dalam pada menyatakan kerajaan tidak berniat nak susahkan rakyat, projek-projek mega terus dilancarkan satu per satu. Pemimpin terus hidup mewah, termasuklah kroni yang hidup kaya raya dengan projek yang diberi pemimpin, manakala rakyat terus dihimpit kesusahan. Semasa merasmikan projek mega yang berbilion harganya, pemimpin lalu berkata, saya tidak berniat nak susahkan rakyat, cuma saya perlu agihkan wang negara untuk pembangunan.

Jika rakyat berkata, "kami tidak mahu pembangunan berbilion-bilion sekarang, kami mahu keluar dari kesusahan ini, harga minyak naik melambung, harga barangan dapur tinggi menggunung, kos saraan hidup semakin meningkat, hak kami seperti minyak dan gas dirompak kerajaan, kami mahu kerajaan kembalikan hak kami dan hentikan semua pembaziran". Persoalannya , apakah kerajaan akan menghentikan semua ini dan mengembalikan hak rakyat? Atas niat tidak mahu menyusahkan rakyat, apakah kerajaan akan mendengar rintihan rakyat? Anda semua tahu jawapannya...

Jadi, kepada para pemimpin – berhentilah berbohong! Allah Maha Mendengar apa yang kalian katakan dan Allah Maha Menyaksikan segala kesengsaraan yang kalian akibatkan kepada rakyat kalian. Allah telah pun menyediakan tempat perbicaraan kalian di padang mahsyar nanti...maka, teruskanlah kezaliman yang kalian lakukan sekarang!!!



--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]

Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Dipetik dari: Sila klik di sini...

Peraduan Celcom berunsur judi

KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

"Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.

"Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.

Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.

Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.

Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.

Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.

Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08

Ulasan:


Akhirnya...peraduan Celcom diputuskan sebagai judi. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz menjelaskan lagi bahawa, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

Baguslah tu, kalau dah difatwakan ada unsur judi dan tidak mematuhi hukum syarak, mesti dihentikan segera. Namun, sebagai seorang Muslim yang waras, kita tertanya-tanya, habis tu macam mana dengan kedudukan Genting Highland sebagai pusat judi terbesar di Malaysia? Yang ini sah-sah judi!!! Tak difatwakan haram ke? Tak perlu dihentikan ke? Siapa tak tahu yang kat atas bukit tu berapa ramai orang Islam yang mencuba nasib di sana dan yang pastinya, kebanyakannya orang besar-besar. 'Orang-orang kecil' tak mampu nak ke sana, hanya mampu berlaga ayam kat kampung sahaja. Jadi, tempat judi yang berprestij seperti Genting Highland tu biasanya hanya menerima tetamu-tetamu besar dan kaya raya sahaja.

Sudah menjadi sikap dan tabiat institusi agama di Malaysia, siapa berani lawan tokeh? Tokeh dah bagi lesen besar yang pusat judi kat atas bukit tu 'halal', siapa berani lawan? Hari ini engkau kata tempat tu haram, maka besok tokeh akan kata, engkau haram makan gaji dengan aku! Sanggup tanggung risiko? Maka dalam hati masing-masing akan berkata, "Periuk nasi lagi penting la..., ini mesti dijaga".

Dengan adanya golongan pemerintah sekular dan 'orang agama' yang mementingkan periuk nasi inilah, menyebabkan wujudnya istilah 'judi halal' dan 'judi haram' dalam pemerintahan negara. Judi celcom difatwakan haram, manakala judi Genting Highland masih tetap 'halal hingga kini. Allah swt berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan..." [TMQ al-Ma'idah (5):90]

Apakah kefahaman Jakim tentang ayat ini? Kenapa Jakim berdiam diri dengan perbuatan pemerintah yang 'menghalalkan' judi di Genting Highland (dan juga di kasino-kasino di seluruh negara)? Jika Allah menyatakan bahawa orang yang berjudi adalah najis dan merupakan perbuatan syaithan, apakah pula statusnya pemerintah yang membenarkan perbuatan syaithan ini terus hidup subur di negara ini?


--
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN; SETELAH ITU MEREKA TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

[Surah Muhammad, 47:38]